Wednesday, 18 July 2012

CIRI CIRI BULAN PURNAMA

Ciri-ciri

Gambar komposit Bulan seperti yang di ambil oleh kapal angkasa peninjau Galileo pada 7 Disember 1992. Warnanya di 'pertingkat' dari segi kamera CCD sensitif kepada panjang gelombang cahaya hampir infra melampaui pandangan manusia.
Bulan penuh sering kali difikirkan satu kejadian yang berlaku sepanjang malam. Ini adalah mengelirukan, kerana Bulan dilihat dari Bumi nerterusan menjadi lebih besar atau lebih kecil (sungguhpun terlalu perlahan untuk disedari dengan menggunakan mata kasar). Saiz maksima mutlaknya berlaku pada saat pembesaran berhenti, dan apabila di graf, sudut tepatnya adalah sifar. Bagi setiap keduduk yang diberikan, sekitar separuh dari bulan purnama maksima mutlak berpontisi kelihatan, kerana separuh lagi berlaku pada waktu siang, ketika bulan purnama berada di bawah ufuk. Kebanyakan almanak menyenaraikan bulan purnama bukan sahaja menurut tarikh, tetapi juga waktu yang tepat, biasanya menurut Waktu Semesta Berkoordinat(UTC). Takwim bulan biasa yang memasukkan fasa bulan mungkin lari satu hari sekiranya ia bertujuan untuk digunakan bagi zon waktu berlainan.
Bulan purnama biasanya waktu yang kurang tepat bagi melakukan pemantauan astronomi, kerana cahaya matahari terang yang dipantulkan oleh bulan mengatasi cahaya yang lebih malap dari bintang.
Pada 12 Disember 2008 bulan penuh berlaku berhampiran dengan Bumi berbanding sebelumnya sepanjang 15 tahun yang lalu.[2]

[sunting]Formula

Tarikh dan masa bulam purnama tertentu (menganggap orbit circular) boleh dikira menurut persamaan berikut:[3]
 d = 20.362955 + 29.530588861 \times N + 102.026 \times 10^{-12} \times N^2
di mana d merupakan bilangan hari sejak 1 Januari 2000 00:00:00 menurut skala Masa Bumi "Terrestrial Time" yang digunakan dalam astranomi ephemerides; bagi Universal Time-(UT) tambah anggaran pembetulan kepada d:
-0.000739 - (235 \times 10^{-12})\times N^2 days
di mana N merupakan bilangan bulan purnama sejak bulan purnama pertama sejak 2000. Masa sebenar bulan purnama mungkin berbeza dari anggaran ini sehingga 14.5 akibat orbit bulan yang tidak budar.[4] Lihat anak Bulan bagi penjelasan formula dan parameternya.
Hayat dan saiz kelihatan bulan purnama berbeza dalam kitaran di bawah 14 bulan synodic, yang telah dirujuk sebagai kitaran bulan purnama.
 SUMBER:http://ms.wikipedia.org/wiki/Bulan_purnama

BULAN PURNAMA

Bulan purnama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bulan purnama adalah salah satu fasa bulan di mana bulan terletak di belakang bumi ditinjau dari matahari, maka bulan purnama biasanya terjadi di antara hari ke-14 dan 15 dalam kalender kamar.
Gambar bulan purnama di lihat melalui teleskop Schmidt-Cassegrain 9.25 inci, Bulan penuh adalah paling besar di latitud epliptik utara, dengan itu kawah selatan amat jelas dilihat.
Bulan penuh merupakan fasa bulan yang berlaku apabila Bulan berada di sebelah bertentangan Bumi dengan Matahari. Lebit tepat lagi, bulan penuh berlaku apabila geocentric apparent (ecliptic) longitudes bagi Matahari dan Bulan berbeza sekitar 180 darjah; ketika itu Bulan berada bersetentangan dengan Matahari.[1] Seperti dilihat dari Bumi, hemisphere Bulan yang mengadap bumi (bahagian Bulan yang hampir) hampir diterangi sepenuhnya oleh Matahari dan kelihatan bulat. Hanya semasa bulan penuh bahagian hemisphere Bulan yang bersetentangan, yang tidak kelihatan dari Bumi (bahagian jauh Bulan)), gelap sepenuhnya.
Julat masa antara fasa bulan yang serupa— synodik bulan—purata sekitar 29.53 hari. Dengan itu, dalam kalender kamar dalam mana setiap bulan bermula dengan anak bulan, bulan purnama jatuh pada sekitar 14 atau 15 kalander bulan. Oleh kerana bulan lunar memiliki hari bulat, bulan kamar mungkin sepanjang 29 atau 30 hari.

FASA FASA BULAN

Fasa bulan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Animasi fasa bulan
Fasa bulan merujuk kepada keadaan bulan yang terang yang dilihat oleh pencerap, terutama dari bumi. Fasa bulan berubah secara kitaran apabila bulan mengelilingi bumi, mengikut perubahan kedudukan bumi, bulan danmatahari. Separuh dari permukaan bulan sentiasa diterangi matahari (kecuali ketika gerhana bulan), dan terang tetapi bahagian yang diterangi itu boleh kelihatan dari 100% (bulan mengambang) hingga 0% (anak bulan atau bulan gelap). Sempadan antara hemisfera yang diterangi dan tidak diterangi dipanggil penamat.

[sunting]Lihat juga


[sunting]Pautan luar


ORBIT BULAN

Dan telah Kami tetapkan bagi bulan
manzilah manzilahnya,(Phase-phase)
(sehingga setelah dia sampai pada manzilah yang terakhir)
kembali lah dia dalam bentuk tandan yang sudah tua
(Surah Yaa Siin ayat 39 )

Bulan dengan volumenya yang besar dan posisi jaraknya yang sangat ideal,mengunci pusat rotasi bumi.hal ini memungkinkan terjadinya kondisi iklim yang sesuai untuk bumi dan menciptakan media yang memungkinkan tumbuh kembang nya kehidupan di bumi.dan hal ini telah berlangsung selama jutaan tahun.


Ada ilmuwan yang menyatakan bahwa titik inti bumi tetap dalam bentuk cairnya disebabkan pengaruh gravitasi bulan.hal inilah yang membuat planet bumi bisa mempertahankan medan magnetiknya,yang mana tanpa medan magnetik ini,maka radiasi dari luar angkasa akan menghancurkan seluruh kehidupan di bumi.seandainya tidak ada bulan,maka bumi akan menyelesaikan rotasinya dalam waktu 10 jam.yang tentunya akan berdampak serius pada kehidupan di bumi.adanya gaya tarik pada gelombang di lautan memperlambat rotasi bumi.

Semua formasi ini,termasuk massa dan kecepatan perputaran bulan,adalah hasil dari perhitungan yang luar biasa akuratnya dari Allah swt  pada masa terciptanya bulan.Dalam ayat ke 39 dari Surah Yaa siin diatas,perhitungan matematik atas gerakan bulan tersebut diistilahkan sebagai “Qadar”.jarak bulan dengan bumi,massanya  dan kecepatan kala revolusinya.jarak posisinya dengan matahari dan gravitasinya,semua pengaturan tersebut terancang secara matematis.dan diungkapkan dengan istilah “Qadar.”dan “Qadar”tersebut telah di tentukan sebelumnya.

Sedikit saja ada kesalahan dalam perhitungan tersebut,maka seluruh kehidupan di bumi ini akan berakhir.bulan bukanlah hanya sekedar aktor dalam sebuah malam yang romantik,objek pemujaan dalam keindahan puisi,namun juga sahabat tak terpisahkan bagi kehidupan di bumi.bentuk orbit bulan yang memiliki manzilah manzilah,(phase) mengakibatkan pada phase terakhirnya dia akan membentuk tandan yang tua.

Bulan mengelilingi bumi dalam waktu 27 hari.7 jam,43 menit,11 detik.kata “Qomar”(bulan) disebutkan sebanyak 27 kali dalam Al Quran.bentuk orbit bulan berliku liku,ketika bumi mengelilingi matahari,bulan mengellilingi bumi dalam orbit yang berbeda beda.jejak bentuknya membentuk kurva dan spiral.dengan hanya satu bagian wajah bulan saja yang menghadap kearah bumi.

Istilah Arab untuk menggambarkan gerakan orbit ini adalah “Urjun”.(bentuk tandan kurma) istilah ini ditambahkan kata “tua”.sebagaimana kita bisa lihat bahwa tandan kurma yang tua membentuk huruf S.istilah ini ternyata sangat sesuai untuk menggambarkan bagaimana orbit bulan tersebut.karena bentuk orbit bulan,walaupun tidak dapat terlihat secara mata telanjang dari bumi dan hanya dapat diketahui melalui perhitungan para ilmuwan,ternyata memang berbentuk seperti tandan kurma yang tua.membentuk seperti huruf S


SUMBER:http://zilzaal.blogspot.com/2012/02/orbit-bulan.html

Sistem Orbit dari Fasa Bulan

Bulan dan matahari beredar pada satah yang berasingan. Bulan beredar di satah peredarannya berbanding dengan matahari yang beredar di satah ekliptik. Satah peredaran bulan dan matahari akan bersilangan di titik- titik nod (uqdah) pada sudut persilangan purata 5° 09'. Oleh kerana orbit bulan mengelilingi bumiberbentuk elips, maka jarak bulan ke bumi sentiasa berubah. Bulan berada di kedudukan terjauh dari bumi dinamakan titik apogi'pada jarak sejauh 406 610 km, manakala titik terdekat iaitu perigi sejauh 356 334 km. Kedudukan yang berbeza-beza ini akan menyebabkan halaju pergerakan bulan dan saiz diameternya sentiasa berubah dalam satu pusingan qamariyah.
Bagi pemerhati di bumi, bahagian bulan yang dapat dilihat sama di sepanjang masa, kecuali pada bahagian-bahagian tertentu akibat kesan liberasi. Fasa bulan bermula dengan berlakunya ijtimak. Dalam astronomi takwim ijtimak disifatkan sebagai pemisahan antara fasa bulan lama dengan bulan baru. Secara Fizikal, ijtimak berlaku apabilabulan berada di antara bumi dengan matahari. Ketika ijtimak, bahagian bulan yang bercahaya menghadap ke arah matahari, manakala bahagian yang gelap menghadap ke arah bumi. Berdasarkan kedudukan bulan dan matahari di satah peredaran masing-masing, ketika ijtimak kedua-dua akan berada di longitud yang sama. Oleh itu untuk mengetahui waktu berlaku ijtimak, perlu dikirakan kedudukan longitud bulan dan matahari. Data waktu berlaku ijtimak boleh diperolehi dalam almanak di bawah jadual bulan baru astronomi (newmoon). Pengiraan waktu berlaku ijtimak boleh juga dibuat dengan menggunakan formula tertentu.
Selepas berlaku ijtimak, pembesaran fasa bulan selanjutnya ditentukan oleh perubahan kedudukan bulan berbanding dengan matahari. Dalam sistem orbit bulan dan bumi berpusatkan matahari, bulan selepas ijtimak berada sebelah timur matahari, sebagaimana Rajah di bawah. Julat di antara proses berlaku ijtimak dengan pembentukan fasa selanjutnya boleh ditunjukkan sama ada dalam kuantiti perbezaan longitud, arka pemisahan bulan dan matahari iaitu perbezaan jarak hamal ataupun umur bulan yang merujuk kepada susulan masa selepas berlaku ijtimak.
Perubahan fasa bulan
Misalnya umur bulan ketika waktu matahari atau bulan terbenam. Secara umum, kuantiti ini dapat memberikan gambaran perbezaan kedudukan di antara bulan dengan matahari dan fasa bulan yang berkaitan. Dalam sehari, bulan beredar pada kadar 13° atau 0.5° per jam. Secara berperingkat, sedikit demi sedikit bahagian bulan yang bercahaya mula kelihatan dan bumi sebagai anak bulan (hilal). Selepas tujuh hari, fasa bulan menjadi suku muda. pada hari ke-14 atau 15, fasa bulan menjadi purnama. Dari segi fizikal, fasa purnama berlaku apabila bulan berada pada kedudukan setentang dengan matahari. Ketika ini bahagian bulan
yang menerima cahaya matahari menghadap ke arah bumi sepenuhnya. Lebih kurang tujuh hari selepas fasa bulan purnama, fasa berikutnya ialah suku tua atau suku ketiga. Ketika ini bulan telah mendekati matahari pada sebelah barat. Apabila bulan sekali lagi berada di tengah-tengah di antara bumi dengan matahari, maka berlaku sekali lagi proses ijtimak bagi fasa bulan berikutnya.

Terbit dan Terbenam Bulan

Terbit dan terbenam bulan berkait rapat dengan perubahan fasanya. Selepas ijtimak bulan akan terbit selepas matahari terbit, dan kelihatan rendah di ufuk barat selepas matahari terbenam. Semakin hari bulan akan terbit semakin lewat pada kadar purata 51 minit setiap hari. Ketika bulan sabit muda, bulan akan terbit pada waktu tengah hari dan terbenam pada waktu tengah malam. Sebelum fasa bulan purnama, bulan akan terbit sebelum waktu matahari terbenam, dan terbenam sebelum matahari terbit. Manakala bulan suku tua pula akan terbit ketika tengah malam dan terbenam pada tengah hari berikutnya. Sebelum berlaku ijtimak, bulan akan terbit pada waktu subuh menyebabkan bulan yang berbentuk sabit kelihatan rendah di ufuk timur sebelum waktu matahari terbit.

 SUMBER:http://www.al-azim.com/~smkdolsaid/bulanorbit.htm

GERHANA BULAN

gerhana
Gerhana bulan wujud apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi. Kejadian ini cuma boleh berlaku ketika bulan purnama, dan apabila matahari, bumi dan bulan terjajar pada satu barisan yang sama, atau sangat-sangat hampir. Jenis dan panjang suatu gerhana bulan bergantung pada kedudukan bulan yang relatif kepada nod orbitnya. Gerhana bulan terkini ialah pada 16 Jun 2011.[1] http://science.upm.edu.my/warga/wp-content/uploads/2011/06/screen-shot-2011-06-15-at-123534-am.pnghttp://science.upm.edu.my/warga/wp-content/uploads/2011/06/screen-shot-2011-06-15-at-123021-am.png

CIRI-CIRI FIZIKAL BULAN

Ciri-ciri fizikal
Kebanyakan bulan dalam sistem suria terikat pasang surut (tidal locking) kepada planet utama mereka; pengecualian adalah bulan planet Zuhal, bulan Hyperion, yang berputar melilau akibat pelbagai pengaruh luar. Tiada bulan mempunyai bulan mereka sendiri; kesan pasang-surut planet utama menjadikan orbit sekeliling mereka tidak stabil. Bagaimanapun beberapa bulan mempunyai teman dalam titik Lagrangian (contoh, bulan Zuhal, bulan Tethys dan bulan Dione).
Jumpaan baru mengenai bulan Ida asteroid Dactyl mengesahkan bahawa sesetengah asteroid turut mempunyai bulan asteroid. Sesetengah, seperti 90 Antiope, merupakan asteroid berkembar dengan dua komponen sama besar.