Wednesday 18 July 2012

CIRI CIRI BULAN PURNAMA

Ciri-ciri

Gambar komposit Bulan seperti yang di ambil oleh kapal angkasa peninjau Galileo pada 7 Disember 1992. Warnanya di 'pertingkat' dari segi kamera CCD sensitif kepada panjang gelombang cahaya hampir infra melampaui pandangan manusia.
Bulan penuh sering kali difikirkan satu kejadian yang berlaku sepanjang malam. Ini adalah mengelirukan, kerana Bulan dilihat dari Bumi nerterusan menjadi lebih besar atau lebih kecil (sungguhpun terlalu perlahan untuk disedari dengan menggunakan mata kasar). Saiz maksima mutlaknya berlaku pada saat pembesaran berhenti, dan apabila di graf, sudut tepatnya adalah sifar. Bagi setiap keduduk yang diberikan, sekitar separuh dari bulan purnama maksima mutlak berpontisi kelihatan, kerana separuh lagi berlaku pada waktu siang, ketika bulan purnama berada di bawah ufuk. Kebanyakan almanak menyenaraikan bulan purnama bukan sahaja menurut tarikh, tetapi juga waktu yang tepat, biasanya menurut Waktu Semesta Berkoordinat(UTC). Takwim bulan biasa yang memasukkan fasa bulan mungkin lari satu hari sekiranya ia bertujuan untuk digunakan bagi zon waktu berlainan.
Bulan purnama biasanya waktu yang kurang tepat bagi melakukan pemantauan astronomi, kerana cahaya matahari terang yang dipantulkan oleh bulan mengatasi cahaya yang lebih malap dari bintang.
Pada 12 Disember 2008 bulan penuh berlaku berhampiran dengan Bumi berbanding sebelumnya sepanjang 15 tahun yang lalu.[2]

[sunting]Formula

Tarikh dan masa bulam purnama tertentu (menganggap orbit circular) boleh dikira menurut persamaan berikut:[3]
 d = 20.362955 + 29.530588861 \times N + 102.026 \times 10^{-12} \times N^2
di mana d merupakan bilangan hari sejak 1 Januari 2000 00:00:00 menurut skala Masa Bumi "Terrestrial Time" yang digunakan dalam astranomi ephemerides; bagi Universal Time-(UT) tambah anggaran pembetulan kepada d:
-0.000739 - (235 \times 10^{-12})\times N^2 days
di mana N merupakan bilangan bulan purnama sejak bulan purnama pertama sejak 2000. Masa sebenar bulan purnama mungkin berbeza dari anggaran ini sehingga 14.5 akibat orbit bulan yang tidak budar.[4] Lihat anak Bulan bagi penjelasan formula dan parameternya.
Hayat dan saiz kelihatan bulan purnama berbeza dalam kitaran di bawah 14 bulan synodic, yang telah dirujuk sebagai kitaran bulan purnama.
 SUMBER:http://ms.wikipedia.org/wiki/Bulan_purnama

No comments:

Post a Comment