Wednesday 18 July 2012

PENENTUAN ANAK BULAN

Penentuan anak bulan

Sela masa antara anak bulan—qamarian—adalah berubah. Masa purata antara anak bulan, bulan sinodik, adalah lebih kurang 29.53... hari. Rumus anggaran untuk mengira purata masa bagi anak bulan (persilangan antara Matahari dan Bulan) bagi bulan berturut-turut ialah:
d = 5.597661 + 29.5305888610 \times N + (102.026 \times 10^{-12})\times N^2

[sunting]Anak bulan Ramadan 2010

Pada 10 Ogos 2010, negara Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura sepakat hari pertama puasa ialah pada hari Rabu, 11 Ogos 2010. Hilal (anak bulan) terlihat di Probolinggo dan GresikJawa Timur serta CilincingJakarta.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah mengumumkan puasa pada hari Rabu, 11 Ogos 2010. Majlis Raja-Raja setuju cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab (Matematik). Oleh itu , sembahyang terawih dikerjakan sepanjang bulan Ramadan.[1]
Menteri Agama Indonesia, Suryadharma Ali turut mengumumkan hari pertama ibadat puasa di Indonesia. Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Rukyah dan Takwim Islam Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura pada 1-5 Julai 1992, sepakat menetapkan 1 Ramadan . Dua organisasi Islam terbesar Indonesia iaitu Nahdlatul Ulama (NU) dan Muhammadiyah, menggunakan kaedah berbeza dalam pengiraan 1 Ramadan dan Aidilfitri. Muhammadiyah memakai kaedah hisab (matematik) manakala NU memakai kaedah rukyahiaitu melihat anak bulan, turut mengumumkan 1 Ramadan pada Rabu.
Jamaah Pondok Pesantren Al-Karawi, Kecamatan GandingSumenepJawa Timur memulakan ibadat puasa pada hari Selasa, 10 Ogos 2010. Jamaah An Nadzir di GowaSulawesi Selatan dan Jamaah Tarekat Islam Naqsabandiyah di Sumatera Barat mula berpuasa pada hari Isnin, 9 Ogos 2010. Mereka melihat tanda-tanda alam daripada air pasang di laut.[2]
Negara Timur Tengah turut mula puasa pada 11 Ogos 2010. Antaranya ialah Arab SaudiJordanQatarEmiriah Arab BersatuKuwait,LebanonYemenLibyaPalestin dan Turki.[3]

[sunting]Rujukan

[sunting]

No comments:

Post a Comment